Syarikat Bintang Timur dan Utara Sdn Bhd.

Lesen GDL Kelas D

Lesen GDL (Good Driving License) adalah lesen kenderaan barangan.

Ia melibatkan pengangkutan yang membawa barangan untuk mengangkut barang-barangan. 

Terbahagi kepada 3 jenis iaitu motokar ringan, motokar berat kejur, dan motokar bersendi.

Antara lesen GDL Kelas D ialah Motokar Ringan BTM (Lori kecil, van berat tanpa muatan tidak melebihi 3500kg).

SYARAT MEMOHON

  1. Memiliki lesen memandu kompeten (CDL)
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berumur 21 tahun keatas
  4. Tiada saman/ senarai hitam JPJ/POLIS
  5. Lulus saringan kesihatan
  6. Boleh membaca dan menulis

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan lesen memandu
  3. Borang JPJL8A yang lengkap dan telah disahkan oleh doktor
  4. Resit rasmi klinik