Syarikat Bintang Timur dan Utara Sdn Bhd.

Lesen Kereta Manual (D)

Sebagai pemegang lesen kereta manual, anda boleh memandu kereta manual dan juga kereta automatik berbanding pemegang lesen kereta automatik (DA) yang hanya boleh memandu kereta automatik sahaja.

Anda juga berpeluang untuk mendapatkan lesen kenderaan berat pada masa akan datang seperti lesen GDL dan lesen lori (E).

KENAPA PERLU MEMILIH LESEN KERETA MANUAL

  1. Pemegang lesen boleh memandu KERETA MANUAL & AUTOMATIK
  2. Pemegang lesen boleh TAMBAH LESEN KENDERAAN BERAT pada masa akan datang
  3. Melatih pemegang menjadi pemandu yang berkemahiran terutamanya dalam penggunaan pedal kluc dan gear.

 

SYARAT MEMOHON

  1. Berumur 17 tahun keatas
  2. Sihat tubuh badan
  3. Boleh membaca dan memahami undang-undang jalan raya di Malaysia