Institut Memandu Bintang Timur dan Utara atau lebih dikenali dengan nama Institut Memandu BITARA yang terletak di Padang Midin, Kuala Terengganu. Merupakan sebuah syarikat yang dilesenkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menjalankan aktiviti belajar memandu.
Institut Memandu BITARA telah dirasmikan pada 26 April 1998 oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Pahamin Bin A. Rajab.
Menjalankan latihan yang berkualiti untuk melahirkan pengguna jalan raya yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap positif di jalan raya.
Melaksanakan sukatan kurikulum pendidikan pemandu serta latihan teori dan praktikal bagi semua jenis kelas memandu di bawah arahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)